UK de Jubah House membuka peluang membeli jubah secara borong bagi sesiapa yang berminat untuk berniaga jubah secara online/retail yang tidak mempunyai modal yang besar..
~minimun 6pcs
~harga borong akan diberitahu melalui telefon/email.
~untuk pembelian secara borong, sila hubungi 014-8201296 (umi) /mieys_1105@yahoo.com.my
~untuk pelbagai design boleh layari FB kami.
~untuk jubah pelbagai design & lebih detail,boleh dtg ke showroom kami di Bandar Baru Nilai,Nilai Ngr 9.

Followers

Wednesday, January 18, 2012

New Arrivals: Jubah Denim Simply$umayyah ✿ܓ

Akan datang di Butik UK de Jubah House ~ Jubah Denim Simply$umayyah ✿ܓ

Berminat boleh PM utk tempahan..insyaAllah akan smp esok di butik..



Material: Soft Jeans @ Denim..(x memeri) 
6 color : BlueJeans,Purple, ElegantBlack, Grey, Pink, Greeny.. 
Size : 40, 42, 44, 46, 48
CNY Best Price : RM99 shj

Trench Coat✿ܓ

Salam..stok Trench Coat utk ELEGANTBLACK dah sampai di Butik UKde JubahHouse. Boleh order sekarang sebelum kehabisan stok (",) CREAM & DARKBROWN hanya ada saiz tertentu shj~
OFFER!!..RM55
*kec saiz besar 2L & 3L (+ RM2)

Available Color & Size:

ELEGANTBLACK: M,L,XL,2XL,3XL
DBROWN : XL,2XL, 3XL
CREAM : 2XL,3XL

Postage : PosLaju..RM7 Semenanjg/ RM10 Sabah/S'wak
 







Sunday, March 7, 2010

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tokoh perniagaan ini sering kali disebut dalam pelbagai paparan semenjak beliau disenaraikan dalam 10 orang terkaya di Malaysia yang mempunyai nilai kekayaan lebih daripada 1 Billion USD.

Kedudukan terbaru pada akhir Februari 2010, beliau masih menduduki tangga ke tujuh, seperti tahun-tahun yang lain. Seolah-olah sudah menjadi kegemaran mendudukan angka menarik ini.
Kenapa beliau terlalu hebat sehinggakan nama beliau selalu disebut ? Khusus kepada kaum bumiputra Muslim, Syed Mokhtar Al Bukhary telah membuka minda kepada segenap lapisan bahawa semua orang berhak menjadi kaya asalkan sanggup membayar dengan usaha yang gigih. Kemahiran perniagaan boleh dipelajari dan bukan kepandaian mutlak kepada seseorang.

Kekayaan yang beliau kejar bukanlah bermotifkan kemewahan, populariti, sanjungan tetapi lebih kepada kerohanian. Hasrat beliau menonjolkan kerja kebajikan tidak perlu kita salah tafsir sebagai perkara riak.Sebaliknya beliau membuat kebaikan ini agar kita semua mengikuti jejak beliau dan tidak salah jika kita semua berlumba-lumba membuat kerja kebajikan bagi menolong orang-orang yang susah.Mari kita contohi semangat yang ditonjolkan agar kekayaan yang dikecapi akan memberi kesenangan kepada orang lain kelak. Tiada yang mustahil.ameen..

Antara bangunan yang disumbangkan oleh Tokoh korporat dan Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang sempat mieys dan kwn2 snap ketika berkunjung di Kedah Darul Aman.. 21 Feb 2010~
















^Souq AlBukhary^ ~ Masjid AlBukhary ~
miey n sis yann


husna n sis ecah

Wednesday, February 17, 2010

PERNIAGA DAN USAHAWAN DILAHIRKAN MELALUI MOTIVASI!!
Ramai sahabat-sahabat Rasulullah yang telah berjaya sebagai pedagang dan peniaga walaupun pada awalnya mereka menghadapi banyak kesukaran dan rintangan. Malah boleh dikatakan bahawa Rasulullah telah berjaya melahirkan satu masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah. Rasulullah sebagai ketua negara telah memberikan motivasi dan galakkan kepada rakyat negara Islam dalam hal perdagangan. Rasulullah telah bersabda:
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (HR Tirmizi)
Antara sahabat-sahabat yang telah berjaya melalui motivasi perniagaan adalah;

Zubair Bin Awwam
Semasa hijrah Rasulullah ke Madinah Zubair telah pergi ke Syria untuk berniaga. Kemudian beliau mengikuti jejak Rasulullah ke Madinah dan meninggalkan segala hasil perniagaannya di Mekah. Semasa beberapa tahun di Madinah Zubair hanya memperolehi pendapatan yang sedikit dari bidang pertanian. Dia terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan. Kemudian berkat kesabaran dan ketabahan beliau telah memulakan bidang perniagaan dan akhirnya menjadi orang yang kaya di Madinah.

Abdul Rahman Bin Auf
Beliau merupakan seorang pedagang yang cekap dan pandai berniaga. Beliau merupakan pedagang yang terkaya di Mekah. Apabila beliau memeluk Islam beliau telah meninggalkan segala hartanya di Mekah dan ikut berhijrah ke Madinah. Sampai di Madinah beliau terus mencari pasar untuk berniaga dan mampu bersaing dengan golongan pedagang yang sudah lama berdagang disana dan kemudian menjadi kaya.

Othman Bin Affan
Beliau merupakan seorang sahabat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan diantara sejumlah kecil yang mampu membaca dan menulis di Mekah. Apabila beliau dewasa beliau telah membabitkan diri dengan kegiatan perniagaan dan berjaya memperolehi keuntungan yang banyak. Apabila beliau berhijrah ke Madinah beliau telah membantu umat Islam yang dalam kehausan dengan membeli sebuah telaga kepunyaan orang yahudi dengan harga 35,ooo dirham kerana orang yahudi tidak membenarkan orang Islam menggunakannya.

(^,^) Medan perniagaan adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (HR Bukhari).
(^,^) ayuh kwan2 !!mulakan langkah usahawan anda..biarpun sekecil mana bisnes yg kita jalankan,Insya-Allah lama-kelamaan ia kan berkembg n membukit jugk suatu hari nanti...yg pentg semangat, usaha yg berterusan tanpa berputus asa, doa & tawakal~~~Allah sentiasa bersamamu=]

Saturday, August 8, 2009

JOM PAKAT JADI SI PEKAK~

Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam. Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.
Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, pendakian pun bermula …
Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:


"Oh, Ianya terlalu sukar!" "Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!" "Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"


Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.
Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin
"Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh. Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.
Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.
Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

Teladan cerita ini:
Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

Tuesday, June 16, 2009

m0tivasi utk diri usahawan >> dan bakal-bakal usahawan..insya-Allah.

Ehmm, saya tulis artikel ini, untuk nak berkongsi sama2 dengan kwn2 di antara kata2 motivasi untuk kita hayati dari usahawan yang berjaya. Di bawah ini saya senaraikan di antaranya untuk anda hayati. Selamat membaca!!

(usahawan sambilan kata)
"Bukan senang tuk berjaya, biar susah dulu, asal senang di kemudian hari.. hmm,bila kita de impian, always gambarkannya dalam kepala, lpas tu berusahalah tuk merealisasikannya”.

- U.K.M.~ uk de' v0gue,studentmall USIM

(usahawan berjaya)

Our lives are not determined by what happens to us but how we react to what happens, not by what life brings o us, but by the attitude we bring to life. A positive attitude causes a chain reaction of positive thought, events, and outcomes. It is a catalyst, a spark that creates extraordinary results’
GIANNE AGNELLI - King of Italian Industry

Avoid the phrase, “I don’t have time”. It will soon help you to realize that you do have the time needed for just about anything you choose to accomplish in life’
Henri Nestle

‘Motivation is everything. You can do the work of two people, but you cannot be two people. Instead, you have to inspire the next guy down the line and get him to inspire his people’
John D Rockefeller - History’s first billionaire

‘ When you don’t have goal, you are not heading anywhere’
Mary Kay Ash - CEO Mary Kay Cosmetic

‘When you make a mistake, don’t look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lesson of wisdo. The past cannot be changed. The future is yet in your power’
Michael Dell - CEO Dell Computer

Fall seven times, stand up eight. The bamboo that bends is stronger than the oak that resists’
Richard M Schulze - CEO Best Buy

‘He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’
Roy Allen - A&W

‘Good, better, best, never let it rest till your good is better and your better is best. Success will not lower its standard to us. We must raise our standard to success’
Soichiro Honda - CEO Honda

‘Learn to value anything and everything that come across because the least expected thing could be your future maker’
Wiiliam Wrigley Jr - Wrigley Chewing Gum

‘Albert Einstein once said that the secret to creativity is knowing how to hide your sources. Talking of creativity, the problem is never how to get new, innovative thoughts into your mind, but how to get old ones out. Every mind is a building filled with archaic furniture. Clean out a corner of your mind and creativity will instantly fill it’
Larry Ellison - CEO Oracle Corporation